diary choco


Friday, May 25, 2012

FAKTA TENTANG FORM6

salam semua, hari ini aku nak cerita fasal form6 yang kebanyakan orang rendah2kan sangat berbanding U n matrik... form6 pun ok apa., by the way aku budak form6 tahun 2012.. tempoh belajar hanya 1 1/2 tahun je tapi diploma 3tahun dan matrik 1tahun(tapi kena maintain habis kalau tak nak kena tendang).. bagi aku form6 best dan mengajar ke arah berdikari, dekat sekolah aku bangunan form6 hanya untuk form6 sahaja, form lain nak naik walaupun untuk guna tandas maaf kami tak benarkan... bangunan form6 kena jaga sendiri oleh budak-budak form6 termasuk hal ehwal tandas, pokok bunga keliling bangunan form6, sampah dekat koridor, mini library, charity shop, dan macam-macam lagi la... tukang kebun, tukang cuci, tukang sapu dan berbagai jenis tukang lagi tak akan naik bangunan form6... segala aktiviti dekat sekolah semuanya diurus oleh form6 tak kisah la hari guru ke, hari kantin ke dan macam-macam lagi la... mungkin pada mulanya budak-budak form6 kecewa tahap gila sebab tak dapat U dan matrik tapi bila time orientasi, cikgu-cikgu form6 beritahu yang form6 untung banyak dari U dan matrik... sebelum masuk U dan matrik pun duit dah melayang beli barang-barang(macam kebanyakan kawan aku)... kalau masuk U guna ptptn, nak bayar sakit kot, itu tak masuk bunga dah beribu, U paling murah pun UiTM, kalau swasta lebih-lebih lagi la dalam RM24k-RM60k untuk diploma dekat U swasta... pergh, aku beli rumah kos sederhana sebiji dah dapat.. aku dapat tawaran sambung belajar dekat kolej under U yang dirahsiakan, aku nak tergelak bila baca bronsur tentang perbandingan antara diploma dengan STPM tapi rasanya depa tak alert kot yang sekarang guna sistem baharu dan paling nak tergelak bila tak ada tentang ptptn... muda-muda lagi dah belajar berhutang banyak-banyak, itu belum degree lagi... lagipun orang kata form6 selangkah kaki ke U... terus terang aku cakap, ramai orang kata dekat aku yang form6 ni buang masa, tapi kalau betul-betul belajar tak adanya buang masa malah lagi senang masuk U lagi ada... tahun lepas USM datang sendiri sekolah aku time result STPM keluar, siapa yang dapat 2.8 CGPA dan ke atas dapat tawaran ke USM siap dapat biasiswa lagi... yuran untuk form6 ditanggung kerajaan cuma kena bayar duit PIBG je... ok la, aku malas nak taip banyak-banyak lagi, nak tahu tentang form6, rajin-rajinkanlah diri google tentang form6... :D

1 comment:

Unknown said...

whee...betol...yg penting kite belajar...tak kire la kat mane pon