salam semua, taraaa, aku dah balik untuk tulis blog... hehehe, maaf la sebab sebelum ni aku tak ada kerajinan nak tulis blog... well, seperti yang sedia maklum dekat profile aku, aku kan orang yang paling 'rajin' update blog... whatever r... blablabla *hiraukan dia*
aku sekarang komfius la, sama ada nak pilih form6 or U or poli(andai dpt), ak ingat nak ambil form6 je sebab aku nak tebus balik SPM aku tapi ramai kata susah, buang masa, sijil tak laku... aku sendiri tak tahu mana haluan aku nak tuju... tapi kalau aku ambil U or poli mungkin aku takkan dapat kejar cita-cita aku dan mungkin kos yang akan aku dapat itu bertentangan dengan minat aku, lagi pun nak bayar balik PTPTN sakit kot... kalau aku ambil form6 tak kena bayar PTPTN, mungkin aku dapat tebus balik untuk capai cita-cita aku, nak sambung pelajaran lepas STPM pun senang berbanding U or poli dan minimum pointer 2.0.. kalau U nak 3 something baru boleh sambung belajar... tapi sakit la belajar dekat form6 jika nak dibandingkan dengan belajar dekat U or poli... aku sendiri sedih + kecewa tahap dewa tengok result aku dan aku pun tak tahu nak terima ke tidak ucapan tahniah dari saudara-mara dan kawan-kawan aku, aku hanya boleh sebut tq je tanpa rasa apa-apa pun dalam hati. Aku sendiri sedih bila orang sekeliling sebut fasal RESULT SPM dan sedikit sebanyak aku terasa juga la... apa-apa pun aku paling tak boleh tengok muka parents aku sebab tiba-tiba aku rasa bersalah sangat-sangat dan kadang-kadang aku terfikir benda-benda negatif... ye la, sebagai manusia biasa aku pun tidak terlepas akan bisikan dan godaan syaitan... bila aku tengok kawan-kawan dan especially saudara aku, aku jadi rendah diri tapi tak apa sebab depa selalu beri nasihat dan naikkan semangat aku walaupun cuma sekejap aje... hehehe
aku nak minta tolong bagi cadangan dekat aku, sekarang aku amat desperate dan perlukan cadangan hampa... huhuhu, plz help me... aku nak pergi sekolah jumpa kauselor tapi bila nak pergi pun entah la... agak-agak dengan ciri-ciri yang aku ada ni layak ke tidak untuk ke form6, or ciri-ciri yang aku ada layak ke U or poli or whatever la... huhuhu
ye sekarang aku hanya mampu redha dan terima kenyataan bahawa result aku takkan boleh ubah dan aku dah tidak boleh pergi tahun 2011 untuk ambil SPM lagi sekali... to all of my friends, i hope we can achieve our ambitions and become useful person... setakat ini aje lah aku mampu tulis... ok lah bye, wasalam... :)