diary choco


Sunday, April 8, 2012

membakar hati siapa sahaja kalau ada di tempat aku

salam semua, hari ini aku nak bengang + geram sangat-sangat. mana tak bengang phone baru beli tak sampai sebulan dh dua kali masuk kedai termasuk hari ni. kalau AP boleh diterima lagi kalau rosak sampai dua kali tak sampai sebulan, ni aku beli dekat kedai NOKIA memang Quality kurang la. bila nak tukar, depa kata nokia tak bagi tukar, then bila cakap kedai lain boleh je tukar baru nak ubah topik cakap fasal benda lain, agak macam hampeh lagi kan. berniaga nak untung tapi quality macam hampeh dan menghabiskan duit minyak je. lepas ni kalau phone 2 KO jugak terpaksa la buat aduan dekat CAP aka Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

then masa nak balik ada la sorang ni, dah la bawa motor macam hape lagi, dah silap dia sendiri lepas tu nak himpit-himpit orang plak lepas tu potong di sebelah kiri lak tu, nasib kaki aku tak kena ekzos dia tadi kalau tak alamat bercop mohor la. hahaha, aku tak faham macam mana dia boleh lulus test komputer, selama aku khatam buku soalan dan buku latihan Undang-Undang Jalan Raya (tak hafal tapi dah khatam, ahaks) tak jumpa lagi teknik memotong sebelah kiri, macam pungkoq lagi bawak motor... andai aku bawa kereta dan jumpa orang macam tu kat tengah jalan, mau aku langgar je...huhuhu, adesh, syaitan apa dah rasuk aku, ngucap aini, ngucap... hahaha

apa-apa pun kemarahan aku sedikit reda bila ayah aku bawa pergi makan, tak sangka aku mudah disogok dengan makanan... hahaha dapat-dapat je nasi + iced lemo tea hilang terus marah aku.... hahaha, daripada nak langgar terus tak jadi nak langgar mamat tu...lepas ni boleh la praktiskan bagi makanan dekat aku bila aku marah hampa... well, aku kan suka makan, jadi jangan dok hairan la bila pipi aku bertambah macho aka tembam... hahaha, k chow

080412

salam semua, alhamdulillah setelah berhempas pulas dekat JC 2, akhirnya aku lulus juga dan sekarang aku dapat P aka pecut... hahaha, lagi laju la aku berjalan lepas ni... tak sangka nombor 63 nombor bertuah hehehe, tapi test tok 8april jpj semua muda-muda, baik-baik dan hensem-hensem*meremang bulu hidung*... tapi aku tak berapa suka la sebab depa merokok, reject-reject, hahaha... apa apa pun aku geram sebab phone aku hang dan tak boleh simpan nombor kawan-kawan dalam sim kad... aku rasa macam nak baling je dekat anjing yang selalu kejar orang, huhuhu terpaksalah jadi operator tak bergaji untuk kali kedua... sobsobsob, sadis gila.... tp nak buat macam mana, redha dan sabar je la... ok la aku dah triple busuk ni, heehe, balik-balik terus online... see u again, chow