diary choco


Sunday, April 15, 2012

apa kaedah untuk menguatkan ingatan?

aku tak faham la kenapa aku susah nak ingat jalan???, 10 kali ayah aku bawa aku pergi penang, 10 kali aku tak ingat jalan.. agaknya aku kena lukis peta la ye, jangan miss tiap kali da longkang, nama longkang, nama jalan, berapa biji batu, berapa banyak pokok, jenis-jenis pokok, tar jalan warna apa... gila kot??? hahhaha
nak tengok GPS tak reti lagipun GPS phone aku kena duit, sayang kot!!! baik aku gayut lagi best... hahaha,

aku rasa sticker P aku bakal jadi hiasan dekat motor je la, nak bawa takut, tak bawa sayang pula perabis duit amik lesen, hahaha, dulu aku bawa motor then jatuh betul-betul tepi longkang yang ada macam-macam khazanah yang mengelikan aku, euwww hahaha, aku jadi trauma terus nak bawak motor tapi bila 2min atas motor aku tak rasa apa-apa dah, cuma kalau lalu tepi longkang memang aku takut jadi macam sebelum ni, kan aku dah sedia maklum bahawa aku dah ada sejarah jatuh motor... hahahaha

tapi oleh sebab aku jeles melihat kawan-kawan aku dah ada lesen sebab tu aku ambil juga lesen, suatu hari nanti kalau aku terpaksa bawa juga tak ke naiya bila nak elak kena cekup dengan JPJ ... kalau jumpa abang-abang JPJ yang sama masa aku nak buat test JPJ hari tu kan dah jatuh saham + dapat saham maki dan kesal di hati depa sebab bagi aku pass, kan aku dah mengecewakan depa... hahaha *euwww, geli-geleman aku taip fasal hati-hati ni*

lepas ni, siapa-siapa yang baca blog aku ni, sila la bagi nasihat dekat aku macam mana nak kuatkan ingatan aku supaya aku dapat mengingati jalan dengan hanya sekali lalu je... peace yo (Y)

No comments: